"U da xsyg n i ka?? 4 hari i tnggu u...i kol u..u xangkt...1 atau 2 msj ja u hntr dkt i...u bg tw i sbb mood u xok...bgtw la i sbb apa...klu sbb slh i..i mntk maaf...klu bkn pown bgtw ja laa..share it with me...i bkn nya org asing dlm hdup u...di saat i bwt kptsn utk terima u dlm hdup i ialah saat i terima utk hdup ssh n sng dgn u...bkn i hanya ada wktu u sng...i bknnya brg syg...i jgak manusia yg ada perasaan...i tersiksa sgt u bwt i mcm nie...sblum nie se bzy mna pown u...u tetap ada masa utk i...i faham u bzy...i bknnya nk 24 hrs masa u...ckup la skadar mcm mna yg kta slalu bwt sblum nie...i'm soo sorry if i'm being too much...may b i jd mcm nie sbb i da trlalu sygkn u..."
Selesai sahaja menulis teks pesanan ringkas itu, Iza termenung sejenak. Ditekannya butang delete. Tak sanggup dia menghantar teks itu kpda kekasihnya. Iza cuba utk berfikir positif. Dia tak mahu mengeruhkan lagi keadaan.
Jam sudah pun menunjukkan pukul 1.30 pagi. Iza masih tidak mampu melelapkan mata. Dia berfikir tentang zakri yang dalam perjalanan ke Johor... entah dah sampai atau belum, selamatkah dia?? Langsung tiada khabar berita membuatkan hati Iza makin gundah.
Terkenangkan nasib yang dilaluinya selama beberapa hari ini membuatkan Iza menjadi semakin sebak. Umpama tunggul yang tidak bernyawa. Itulah yang dirasakan Iza. Selama 4 hari sejak Iza pulang ke kampung halamannya, dia menunggu panggilan dari zakri. Tapi langsung tiada. Panggilan telefon darinya hanya disambut oleh mesin pesanan suara. Iza semakin bingung dengan apa yang berlaku.
Ya, sebelum dia bertolak pulang memamg ada sedikit masalah antara mereka berdua. Tapi Iza tidak merasakan itu ialah punca kedinginan ini berlaku. Selama beberapa hari ini jugalah Iza selalu tidur bertemankan air mata. Bukan lagi gelak tawa dan mimpi-mimpi indah bersama zakri seperti selalu.
Iza juga berusaha untuk menyibukkan dirinya supaya tidak memikirkan hal ini. Tapi dia tidak berjaya. Kekosongan ini sering bermain-main jauh disudut hatinya. Dia haya mampu berharap yang zakri menghubunginya dan perkara ini dapat diselesaikan dengan segera.
P/s: credit to my friend...kcian tgk dia bbrpa hri nie...be strong k dear...
Hehe..maaf laa klu ada slh tatabhsa or ayt trtungging terblk..maklum la da lama xbwt karangan...hehe
Tatatititutu~
No comments:
Post a Comment